Jenayah

Isu Ladang Gatco: Reman Lelaki Dilanjut 4 Hari

PUTRAJAYA: Reman ke atas seorang lelaki berusia 69 tahun yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan isu pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah di Jempol, dilanjutkan empat hari lagi.

Perintah lanjutan reman bermula esok dikeluarkan Majistret Chyfica Mohamed Zamri Mohamed Zamri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Lelaki itu yang berperanan sebagai ‘liquidator’ (penyelesai) sebelum ini direman lima hari bermula Selasa lalu, selepas ditahan sehari sebelumnya ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Penahanannya adalah yang pertama dilakukan SPRM sejak suruhanjaya itu menubuhkan jawatankuasa khas bulan lalu bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah atau dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Isu itu bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar itu, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup dan ladang tebu miliknya dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNSS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 yang kemudian menjadikan kawasan itu sebagai tanah rancangan.

Syarikat berkenaan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas empat hektar setiap seorang dengan bayaran antara RM4,000 hingga RM7,000.

Pada awalnya, kawasan itu dirancang dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek terbengkalai dan tanah dirampas lalu dilelong pada 2004 sebelum dibeli sebuah syarikat, Thamarai Holdings pada 2007.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");