Perak Hari Ini

Isu Longgokan Sampah Haram: Tanggungjawab Bersama

IPOH:Kerajaan Negeri meminta agar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan tegas termasuk melibatkan perundangan bagi mengatasi masalah longgokan sampah haram yang disifatkan telah berlarutan sekian lama.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bagaimanpun sikap mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan adalah lebih penting supaya masalah mereka boleh berubah tanpa perlu mengunakan pelbagai peraturan.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengemukakan perkara perilaku masyarakat yang begitu mudah membuang sampah di merata tempat malah laporan mereka turut memaklumkan bahawa terdapat kenderaan khas termasuk lori kecil membawa sampah dan dibuang dikawasan tepi jalan dan ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Situasi ini sangat menyedihkan kerana bertanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua bayangkan kalau hanya mengharapkan pihak kerajaan dan pihak MBI melaksanakannya tentunya meninmbulkan pelbagai kesulitan.

“MBI perlu mengambil tindakan tegas iaitu dari segi perundangan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini malah isu ini akan cuba dijadikan isu politik dan satu alasan seolah-olah pihak kerajaan tidak menyediakan tempat mencukupi bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan satu alasan untuk menghalalkan tindakan seperti ini,” katanya dalam satu media di sini hari ini.

Jelasnya tindakan membuang sampah di merata-rata tempat terutama di tepi jalan utama adalah satu tindakan keterlaluan malah perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Saya minta pihak MBI perlu bertegas, ambil tindakan terhadap sikap keterlaluan seperti ini langkah siri-siri perbincangan dengan masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan perlu dilakukan kerana ia berkaitan dengan sikap yang ada dalam setiap orang, kita sentiasa berharap ada warga bandaraya yang sentiasa memberi perhatian dan menjadikan Ipoh yang bersih.

“Kita akan memberi perhatikan berkaitan peraturan yang ada tetapi kita lebih suka menggunakan pendekatan agar rakyat terdidik yang memerlukan tanggungjawab bersama malah tidak hanya ditugaskan oleh pihak kerajaan semata.

“Tanggungjawab menjaga kebersihan di satu-satu kawasan adalah tanggungjawab bersama dan masalah longgokan sampah telah menjadi satu perkara yang berlarutan sekian lam,” katanya.

Bagaimanapun katanya tugas mendidik masyarakat perlu diteruskan dan tidak boleh terhenti begitu sahaja kerana perubahan sikap tidak boleh berlaku hanya dalam masa yang singkat.

“Kita tidak perlu menggunakan undang-undang dan peraturan sekiranya sikap menjaga kebersihan telah sedia terbina dalam diri setiap warga bandaraya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");