Perak Hari Ini

JAIPk Rampas Selipar Ada Kalimah Syahadah

SERI MANJUNG:Berikutan penularan gambar selipar yang dipercayai menggunakan kertas tertulis kalimah syahadah sebagai pelapiknya di sebuah hotel di Sitiawan baru-baru ini pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah bertindak ke lokasi berkenaan dan merampas selipar tersebut.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung, Roslin Om, berkata menerusi maklumat awam yang diterima pihaknya,satu pemeriksaan dilakukan oleh sepasukan anggota di premis berkenaan pada jam 11 pagi, pada Rabu lalu.

Bagaimanapun hasil penelitian hanya sepasang selipar didapati menggunakan kerta keras bertulis kalimah syahadah pada bahagian dalamnya.

“Kami mengambil lima pasang selipar, namun hanya sepasang yang menggunakan kertas keras tertulis kalimah syahadah pada bahagian dalamnya.

“Empat lagi selipar tiada ayat suci al-Quran atau syahadah, sebaliknya hanya gambar kartun,” katanya.

Roslin juga tidak menolak kemungkinan ada pelanggan premis berkenaan yang menyedari penggunaan kalimah suci itu selepas pelapik selipar terbabit terkoyak sebelum meneliti kandungannya.

“Pihak premis berkenaan mendakwa tidak mengetahui perkara itu, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak yang membuat selipar itu seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin, telah mengesahkan mengenai rampasan itu dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu kejadian viral itu mendapat kecaman netizen, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai memperlekeh dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");