Berita Hari Ini

Jangan Ganggu Wanita Itu: Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan orang ramai supaya tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda ketika konvoi diraja singgah di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017, Isnin lalu.

Memetik kenyataan dikeluarkan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menegaskan wanita itu tidak menciumnya dan perkara itu jelas dapat dilihat menerusi rakaman video.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes tersebut.

Terdahulu kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Wanita terbabit didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri baginda, sebelum dia ditahan polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");