Berita Hari Ini

‘Jangan Percaya Dakyah Isu 1MDB’

WASHINGTON DC: Datuk Seri Najib Razak memberitahu kapten industri Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN di sini bahawa ada kempen sengaja mensabotaj 1MDB untuk menjejaskan ekonomi Malaysia.

Berucap pada majlis makan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Hotel St Regis di sini, Perdana Menteri berkata, ia hanyala bertujuan menjatuhkan kerajaan.

“Saya tahu anda ada mendengar cerita kurang positif mengenai ekonomi Malaysia, khususnya 1MDB.

“Kita tidak menyembunyikan isu itu, sebaliknya mengarahkan siasatan terhadap syarikat berkenaan.

“Apabila kita mengesan lebih jelas ada yang tidak kena, saya mengarahkan proses rasionalisasi.

“Tindakan ini berjalan lancar membabitkan banyak aset yang sebelum ini dimiliki oleh 1MDB,” katanya.

Beliau juga memberitahu ketua sektor industri di AS dan ASEAN itu bahawa isu berkenaan digembar-gemburkan oleh ketua parti pembangkang.

“Perlu diingatkan ada ahli politik tertentu di negara kami sengaja membesarkannya.

“Sebenarnya, ada kempen yang sengaja untuk mensabotaj syarikat ini dan menjejaskan keyakinan pelabur mengenai ekonomi negara – percubaan yang gagal untuk menjatuhkan kerajaan dalam beberapa pilihan raya,” katanya.

Menurut laporan BH Online,  Najib meminta pelabur tidak membenarkan suara bising pembangkang mengenai perkara ini mengganggu realiti sebenar.

“Realitinya seperti tulisan pakar ekonomi, Bruce Gale, ialah ekonomi Malaysia terus tumbuh melebihi kadar purata antarabangsa.

“Ekonomi kita berkembang 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu dan pelaburan meningkat 7.4 peratus.

“Angka terkini juga menunjukkan inflasi di bawah kawalan dengan Indeks Harga Pengguna melonjak 3.2 peratus pada Julai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");