Jenayah

Jemputan Melalui WeChat, 74 Individu Berpesta Dadah Di Tahan

JOHOR BAHRU:  Keghairahan 74 individu berpesta liar dalam sebuah banglo di sebuah pusat peranginan, di sini terhenti apabila diserbu polis, malam tadi.

Tindakan itu terbongkar selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang awam yang tidak tahan dengan bunyi bising.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Assisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pesta itu dibuat secara tertutup dengan peserta dijemput melalui Wechat.

Menurut Sinar Online, operasi bermula pada jam 12.30 malam itu segera dijalankan sebelum menjadi lebih liar.

“Seramai 74 orang terdiri daripada 48 lelaki dan 26 perempuan berusia dalam lingkungan 16 hingga 33 tahun telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, kami menahan 22 individu kerana positif pelbagai jenis dadah selain empat daripada mereka turut ditahan kerana memiliki bahan terlarang tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, 22 individu terdiri daripada 16 lelaki dan enam perempuan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara empat lagi ditahan mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Mohd Taib berkata, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dipercayai penganjur bersama seorang wanita dan enam lelaki lain iaitu pembantu yang bertanggungjawab menjemput pengunjung turut ditahan di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Jenayah Negeri Johor (ENJ) atas kesalahan menganjurkan hiburan tanpa lesen hiburan yang sah.

Katanya, polis akan terus memantau kegiatan yang boleh menjerumuskan golongan muda dalam aktiviti negatif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");