Perak Hari Ini

JPN Perak Akan Semak Pengecualian Cukai Buat Penderma Tabung PIBG Sekolah

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria

IPOH:Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menyemak semula syarat pengecualian cukai  yang ditawarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan individu yang tampil memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria terdapat kelonggaran telah disediakan oleh pihak LHDN berkaitan perkara itu yang perlu disemak dan dipohon oleh umum.

“Pihak LHDN ada menyediakan pengecualian kepada pihak yang menderma kepada pihak sekolah dan universiti untuk mendapatkan pengecualian cukai apabila menderma kepada pihak sekolah individu itu boleh memohon ia tidak melanggar Akta Pendidikan yang ditetapkan.

“Bagaimanapun perlu  memohon terlebih dahulu kepada LHDN dan sekolah boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai yang mana penderma akan dikecualikan pembayaran cukai,” katanya ketika ditemui sejurus selepas sesi wawancara Konvensyen PIBG peringkat Negeri Perak,penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 2017 di Hotel Casuarina@meru di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini kutipan derma untuk meningkatkan dana tabung PIBG sekolah masih sedikit jumlahnya berbanding bagi tujuan meningkatkan prasarana seperti perpustakaan sekolah.

“Bagi perpusatakaan sekolah memang sesiapa yang menderma boleh dikecualikan cukai dan ditolak dari cukai pendapatannya.

“Langkah ini baik untuk menambahkan dana sekolah dan orang ramai tidak kekok untuk menderma kelak,” katanya mengulas soalan yang diajukan oleh salah seorang peserta wawancara berkaitan sama ada terdapat pengecualian cukai diberikan bagi penderma tabung PIBG sekolah.

Terdahulu sesi wawancara telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut berkesempatan beramah mesra dan berkongsi pandangan dengan lebih 700 orang wakil komuniti pendidikan seperti Pengetua, Guru Besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri ini.

Wawacara  yang bertemakan “Penggerak Kecermelangan Sekolah dan Modal Insan” bersempena Perak Festival of Ideas bagi persidangan Pangkor Dialogue yang bakal berlangsung 9 September ini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");