Perak Hari Ini

JPN Serah MYKAD Pada Warga Emas 100 Tahun

Penyerahan MYKAD berkualiti tinggi kepada warga emas yang bakal menginjak umur ke 100 tahun merupakan antara usaha murni pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagi Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, usaha murni itu boleh menyemarakkan semangat kekitaan dikalangan rakyat dan penghargaan wajar diberikan kepada pihak JPN.

“Hari ini, saya dapat turut serta dalam program walkabout dimana kita berada di Kampung Baru Kuala Kuang untuk menyerahkan kad pengenalan berkuali tinggi kepada salah seorang penduduk disini.

“Kiew Woon Siew  yang akan mencecah umur 100 tahun pada bulan Disember ini, jadi kita telah menyerahkan MYKAD berkenaan dan nampaknya dia begitu gembira dan masih sihat.

Ziad menambah, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN kerana sanggup turun padang dan mengadakan program bagi menyerahkan MYKAD kepada Woon Siew.

Malah katanya, penduduk di sekitar kampung berkenaan turut terharu dengan usaha JPN terhadap Woon Siew dan menganggap ia sebagai contoh semaraknya semangat kekitaan dikalangan rakyat.

Terdahulu, Ziad ditemui selepas turut serta dalam Program JPN Walkabout :Perkhidmatan Terbaik 1 Negaraku disini, hari ini.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");