Isu Panas

‘Kaji Selidik IDE Tiada Kredibiliti’

MARAN: Hasil kajian dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendakwa terdapt kemungkinan tujuh atau lapan negeri bakal jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti tidak mempunyai kredibiliti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata kajian itu dijalankan terhadap responden yang tidak mewakili kira-kira 12 juta pengundi berdaftar di negara ini.

Beliau berkata, IDE merupakan milik kerajaan negeri Selangor, iaitu negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan dan kaji selidik dibuat untuk kepentingan mereka.

“Bagi saya, ia tidak ada kredibiliti. Kita pun pernah belajar di institusi pengajian tinggi dan kita tahu kaedah kaji selidik dilakukan.

“Biasanya kita agihkan soalan kepada 500 atau 1,000 responden saja,” katanya yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Korban Perdana Anjuran Pemuda UMNO Pahang dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Maran di Taman Jaya Diri, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Sharhar Abdullah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Maran, Norhidayah Mohd Shahaimi dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datuk Rosni Zahari.

Pada program itu, sebanyak enam ekor lembu sumbangan Tajuddin dan Pemuda UMNO Pahang disembelih.

Sementara itu, menurut laporan BH Online, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan tarikh PRU akan datang, Tajuddin berkata, berdasarkan suasana sekarang, PRU boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Kita boleh lihat ‘mood’ rakyat ketika ini sangat baik. Selepas kejayaan cemerlang penganjuran Sukan SEA dan sambutan Hari Kebangsaan, semuanya bersemangat.

“Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan umumkan kemudian. Kita tunggu satu lagi ‘feel good factor’ yang akan diumumkan beliau iaitu pembentangan Bajet 2018 Oktober ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");