Perak Hari Ini

Kenduri Ramah Mesra: Platform MBInc Rapatkan Silaturrahim Dengan Masyarakat

Perbadanan Menteri Besar Perak (MBInc) menjadikan program pemukinan yang dijalankan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim antara organisasi itu dengan masyarakat.

Ketua Kumpulan Strategik Komunikasi dan Korporat MBInc, Farouk Sahibjahn berkata, penganjuran Majlis Kenduri Ramah Mesra  setiap kali program pemukiman dilihat sentiasa mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung.

“Kali ini kita adakan program di Masjid As- Salam Kampung Tanjong Keramat ini dimeriahkan dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Khalid yang di iringi Adun Ayer Kuning Dato’ Haji Samsudin Hassan Talib.

“Majlis Kenduri Ramah Mesra tersebut merupakan sebahagian dari program tangungjawab sosial korporat PMB dengan berkongsi sebahagian hasil pendapatan syarikat bersama golongan yang memerlukan.

“Program bersempena Pemukiman Daerah YAB Menteri Besar di Daerah Batang Padang dan Kampar merupakan platform terbaik untuk kita saling kenal – mengenali, mengeratkan silaturrahim dan memperolehi manfaat bersama demi pembangunan pada masa depan negeri kita,” katanya.

Jelas beliau, ikatan ukhuwah yang teguh dan sikap saling membantu adalah tonggak kekuatan dalam menangani isu-isu di sesebuah kawasan maka MBInc merasakan terdorong untuk berusaha bersama-sama bagi membasmi kemiskinan, membangunkan golongan belia dan meningkatkan pulangan ekonomi.

Sehubungan itu katanya, hasil yang diperolehi MBInc disalurkan semula kepada Kerajaan Negeri agar dapat digunakan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

“Ia turut disalurkan secara terus kepada rakyat melalui penganjuran program seperti majlis kenduri ramah mesra bersama rakyat di Negeri Perak.

“Membantu dari makan dan minum atau kelengkapan Masjid, Inisitif ini telah mendapat sambutan baik oleh semua pihak, justeru itu, pihak PMB berhasrat untuk memperluaskan lagi penganjuran majlis ini ke seluruh negeri Perak,” katanya lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");