Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Tak Pernah Diskriminasikan Orang Asli, Sama Adil -MB Perak

TAPAH:Kerajaan negeri tidak pernah bertindak mendiskriminasikan masyarakat orang asli malah senantiasa menjaga keperluan mereka supaya tidak jauh ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia terbukti apabila Perak menjadi negeri paling banyak mengrizabkan tanah rayau kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.

“Kita akan terus bekerjasama dengan masyarakat Orang Asli kerana kita tidak mahu mereka ketinggalan dalam semua bidang terutama bidang pendidikan malah kita tidak pernah mendikriminasikan mereka dengan kaum lain.

“Kerajaan negeri memberi perhatian khusus pada bidang pendidikan supaya lebih ramai anak-anak Orang Asli berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Festival Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Orang Asli sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kampar dan Batang Padang.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan.

Beliau terdahulu turut berpeluang beramah mesra dengan penduduk Orang Asli Batu 7 di sini juga mencuba menarikan tarian sewang bersama para penari Orang Asli dalam program tersebut.

Jelas Zambry lagi, sehingga kini terbukti Masyarakat Orang Asli juga telah berjaya menjawat pelbagai jawatan di sektor awam dan swasta.

“Kita juga mahu mereka yang berjaya kembali berkhidmat di negeri ini supaya dapat memberi contoh teladan kepada semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");