Berita Hari Ini

Kerajaan Tidak Kompromi Salah Guna Kuasa

KOTA TINGGI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak bersekongkol atau melindungi mana-mana pihak termasuk pemimpin yang terbabit dalam penyelewengan dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha untuk memastikan permasalahan dan isu FGV diselesaikan.

“Kerajaan yang baik adalah yang prihatin kepada rakyat. Contohnya, isu FGV. Masalah itu jangan disorok, harus diselesaikan.

“Jika ada individu terbabit secara langsung atau tidak langsung apabila berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, tindakan harus diambil. Kerajaan tidak pernah sorok perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis Kenduri Sekampung sempena Merdeka Ride 2017 di Masjid Jamek Al-Firdaus Gugusan FELDA Lok Heng, di sini malam ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ahmad Zahid turut meminta peneroka FELDA yakin dengan usaha kerajaan menyelesaikan isu itu dan terus memberi sokongan.

“Kita minta peneroka FELDA yakin kepada kerajaan… yakinlah dengan kepimpinan yang ada sebab kita tidak akan bersekongkol dengan mereka yang menyalahgunakan kuasa. Kita minta mahkamah menghukumnya,” katanya

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan terus mempertahankan FELDA dan pada masa sama menyusun serta memperbaiki semula program berkaitan tanah rancangan itu.-BHonline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");