YEOSU: Seroang wanita di Korea Selatan dilapor memotong kemaluan suaminya kerana menghabiskan terlalu banyak masa bermain golf, lapor media antarabangsa.
The Sun melaporkan wanita berusia 50 tahun itu menyerang suaminya dengan pisau dapur ketika dia sedang tidur.
Si isteri yang hanya dikenali sebagai ‘Mrs Kim’ itu kemudian membuang organ tersebut ke dalam tandas.
Jiran yang terdengar bunyi mengerang dari dalam rumah mendapati lelaki itu terbaring di lantai dalam keadaan kesakitan, lapor Astro Awani, menerusi The Jeju Weekly.
Mereka kemudian memaklumkan insiden itu kepada pihak polis.
Mirror turut melaporkan jirannya berasa terkejut dengan kejadian sedemikian kerena mereka mendakwa sebelum ini pasangan tersebut tidak pernah mengalami konflik rumah tangga.
Mrs Kim dilapor mengaku bersalah kepada polis, malah menyatakan bahawa dia melakukan perkara itu kerana suaminya sering mengabaikannya.
Wanita itu turut mendakwa suaminya sebelum ini pernah berkelakuan ganas terhadapnya.
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di China.