Membawang Hari Ini

Kerana OKU, Cabaran Caliph Buskers Cari Rezeki

KUALA LUMPUR: Populariti yang diperoleh sebagai artis tetap memberi cabaran kepada kumpulan Caliph Buskes untuk bekerja dalam industri seni tanah air.

Vokalisnya, Khairul Azmi Saat, 29, berkata, sebagai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mereka terpaksa berusaha lebih untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang ada.

“Saya mahu berkongsi tentang pengalaman kami anggota Caliph Buskers bagaimana kami berhadapan cabaran untuk bersaing mencari rezeki.

“Walaupun sudah bergelar artis tapi kami perlu berkerja dua kali ganda untuk bersaingan dengan penyanyi lain. Faizal Tahir mungkin boleh menari atau melompat atas pentas, tapi kami tidak boleh,” ujarnya.

Caliph Buskers ditemui pada sidang media Program Temu Duga Terbuka SL1M 2017 yang diadakan di Hotel Impiana, pada Isnin lapor Mstar Online.

Menerusi program yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 September depan, Caliph Buskers bersama beberapa artis popular bakal berkongsi pengalaman mereka dalam mencari rezeki kepada pengunjung.

Nirwan Zainal Abidin, 27, (gitaris), Fendy Abdullah, 25, (pemain dram), Syahzmeen Abdul Rahman, 25, (tamborin), Mohd. Zaki Ismail, 37, (gitaris) dan Nor Nadira Rubina, 25.

Sementara itu, tambah Azmi, kumpulan yang ditubuhkan pada 2014 itu pernah melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari sesuap nasi.

Katanya, biarpun kekurangan dari segi penglihatan, namun ia tidak pernah menghalang mereka berusaha mencari rezeki untuk keluarga.

“Kami jadi penghibur jalanan sejak tahun 2014 ketika itu kami juga mengambil upah sebagai tukang urut. Waktu itu selepas sahaja selesai kerja sebagai tukar urut kami akan ke beberapa tempat untuk menyanyi.

“Kami sangat berharap dengan perkongsian pengalaman kami nanti dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anak muda lain,” ujarnya.

Sementara itu, program SL1M yang menjelajah enam zon termasuk Sabah dan Sarawak bakal ke lokasi terakhir mereka iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Penganjuran program kali ini terbuka kepada seluruh graduan dan pencari kerja khususnya yang berada di negeri tersebut.

Antara artis yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Hazama, Usop (Mentor), dan Nastia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");