Jenayah

Kereta Jadi Sasaran Wanita Mental

BAHAU – Seorang warga emas menyatakan kekecewaannya apabila kenderaannya menjadi mangsa amukan seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Jumaat lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berkenaan dipercayai mempunyai masalah mental sebelum ini sering dilihat berjalan sendirian sekitar pekan Bahau.

Dia juga kerap kali dilihat bercakap sendirian namun dipercayai tidak mengganggu orang ramai, tetapi tindakannya melampaui batas apabila tiba-tiba memecahkan kenderaan warga emas tersebut.

Mangsa, Tham Swee Wah, 62, berkata, ketika kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari, dia memandu kereta dan setibanya di lampu isyarat Bahau- Rompin kenderaannya didatangi wanita tersebut.

“Tiba-tiba dia baling batu pada cermin tingkap sebelah kiri. Namun dia bertindak lebih agresif apabila bawa kayu lebih kurang satu meter panjang dan pecahkan cermin belakang kereta.

“Kemudian dia terus pergi. Saya yakin dia tak waras, tetapi yang menyebabkan kebimbangan adalah perbuatannya mengancam keselamatan orang ramai,” katanya.

Susulan kejadian itu, Swee Wah membuat laporan di Balai Polis Bahau kira-kira jam 1.34 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");