Perak Hari Ini, Jenayah

Kes Culik Libatkan Wang Tuntutan RM3 Juta, Tumpas.

IPOH: Polis Perak berjaya menyelesaikan satu kes penculikkan yang melibatkan tuntutan sejumlah wang bernilai RM3 Juta pada 9 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan  berkata atas tindakan pantas polis melalui satu Pasukan Siasatan Khas yang ditubuhkan dan seramai 12 suspek telah berjaya di tahan dalam tempoh lima hari.

“Pada 2 September 2017, kira-kira jam 8:00 malam Polis Daerah Taiping telah menerima satu laporan berkenaan kes penculikan yang melibatkan mangsa berusia 17 tahun.

“Sejurus selepas diculik, bapa mangsa yang berusia 43 tahun, menerima panggilan dari saspek dan meminta wang tebusan sebanyak RM3 Juta serta mengugut  untuk mencederakan atau membunuh mangsa jika tidak berbuat demikian,” katanya.

 

Tambah Hasnan, daripada 3 sehingga 6 Septermber lalu, bapa mangsa yang juga bekerja sebagai pengusaha barangan terpakai itu,  turut menerima 10 panggilan dari suspek.

“Setelah berbincang, nilai wang tebusan berjaya dikurangkan ke RM300,000 dan meminta untuk diserahkan di Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini pada Rabu.

Katanya lagi, selepas penyerarah wang selesai, polis telah membuat enam serbuan di lokasi berasingan dekat Johor Bahru dan berjaya menahan 8 saspek.

Pada masa sama, dua orang saspek juga telah berjaya ditahan di Pulau Pinang bersama-sama mangsa yang ditemui dalam sebuah kereta Myvi.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan truama dengan keadaan diikat tangan dan kaki serta mata ditutup dengan kain.

 

“Melalui semakan yang dijalankan kita mendapati kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan ada terlibat dalam satu kes samun di Johor Bahru,” ujarnya.

Antara barang yang dirampas ialah wang tunai berjumlah RM175,400, sebuah kereta Toyota Vios, motosikal Yamaha LC, 8 telefon bimbit beserta kad sim, dua bilah parang dan sekeping pas keselamatan Polis Bantuan Singapura.

Kesemua suspek yang ditahan reman berusia dalam lingkungan 17 hingga 36 tahun, termasuk seorang wanita.

Lima daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis

Pihak polis masih lagi sedang menjejaki baki wang tebusan.

Kes disisasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hasnan juga berkata, ini merupakan kes pertama penculikan bagi tahun ini di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");