Perak Hari Ini

Khazanah Bantu Ringankan Beban 12 Pesakit Katarak

IPOH:12 orang pesakit terdiri daripada warga emas terpilih menerima rawatan pembedahan katarak menerusi dana Healthcare Berhad (IHH) salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Khazanah Nasional Berhad ( Khazanah ).

Kesemua 12 penerima adalah daripada 47 penerima bantuan yang akan menerima rawatan pembedahan tersebut secara percuma di Hospital Pantai Ipoh (PHI) di sini bagi agihan dana tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PHI, Chong Siet Fong bantuan melibatkan pembedahan pintasan jantung melalui Cornary, Artery Byoass Graft, (CABG), bahagian ortopedik dan katarak.

“Bagi kes Katarak mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 20 pemohonan bagi dana kali ini dan kita mensasarkan jumlah keseluruhan RM600,000 peruntukan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua pemohon sumbangan dipilih menerusi penilaian badan bukan kerajaan (NGO) yang juga selaku pihak ketiga yang membantu menentukan status calon pemohonan dan kelayakan mereka menerima bantuan yang kemudiannya akan disaring dan diluluskan oleh pihak Khazanah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong hadir pada merasmikan majlis bersama penerima dana di Hospital Pantai hari ini selain berkesempatan meluangkan masa melawat pesakit di hospital berkenaan.

Lee Chee Leong berkata ia satu usaha bagi menggalakan lebih banyak badan swasta dan bukan kerajaan (NGO) untuk terus memberi sumbangan serta melahirkan masyarakat yang penyayang dan mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan.

“Sumbangan pembedahan secara percuma ini adalah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan tidak berhenti setiap tahun merentasi pelbagai kaum dan kelompok masyarakat adalah satu usaha yang sangat baik bagi pesakit tidak berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pemohonan bantuan Megat Ismail Megat Samad 62, bantuan ini cukup bermakna buat dirinya yang sukar untuk melihat apabila menghidapi penyakit katarak di kedua-dua belah matanya kini.

Megat Ismail yang merupakan bekas pekerja HPI turut tidak menyangka permohonan kali kedua bagi menerima bantuan tersebut diterima dan telah diluluskan oleh pihak hospital setelah memohon pada April lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");