Berita Hari Ini

‘Kita Dah Layan Baik, Rohingya Patut Hormat Undang-Undang’

KUALA LUMPUR: Oleh kerana Malaysia telah menyediakan tempat pelarian buat masyarakat Rohingya yang dianiaya di negara mereka Myanmar, maka mereka perlu patuh kepada undang-undang negara ini, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Naluri belas kasihan dan budi bahasa Malaysia dalam menyediakan tempat pelarian kepada masyarakat Rohingya yang menderitai keganasan, kepayahan, ancaman terhadap hidup dan terbuang itu juga bermaksud para pelarian di Malaysia perlu hormat dan ikut undang-undang Malaysia,” kata pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan hari ini, lapor Malaysiakini.

Memberi komen terhadap bantahan masyarakat Rohingya pada Rabu minggu lalu, Razali berkata hak untuk perhimpunan aman dilindungi tetapi bukan untuk penunjuk perasaan yang ganas.

“Suhakam ingin menjelaskan bahawa setiap manusia di mana pun jua memiliki hak untuk kebebasan berhimpun secara aman berdasarkan Perkara 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

“Hak ini dijamin dalam perlembagaan untuk rakyat Malaysia dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun penunjuk perasaan yang ganas kehilangan perlindungan di bawah hak berhimpun secara aman dan pihak polis perlu bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” kata beliau dalam suatu kenyataan media hari ini.

Dilaporkan media tempatan, seramai 44 orang penunjuk perasaan Rohingya ditahan di hadapan bangunan Tabung Haji pada Rabu lalu selepas dakwaan melakukan ‘provokasi’.

Lebih 1,000 orang penunjuk perasaan merancang untuk berarak dari bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir bagi membantah keganasan terbaru yang meletus di Arakan.

Razali berkata Malaysia punya tanggung jawab bagi melindungi tempat misi diplomatik daripada pencerobohan atau kerosakan atau menjatuhkan maruahnya.

Semalam, Channels News Asia Singapura memetik Razali sebagai berkata masyarakat Rohingya tidak wajar menzahirkan simpati kepada mereka melalui bantahan jalanan.

“Saya berharap mereka dapat menghantar perwakilan dengan cara yang teratur. Saya tidak fikir turun ke jalan di negara asing adalah caranya,” beliau dipetik berkata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");