Isu Panas

‘Kita Tak Ajar Politik Samseng’ – MB Zambry

LUMUT: Menteri Besar Perak meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan gegantung ucapan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha beliau yang dinaikkan di kawasan perumahan berhampiran Stadium Mini Seri Manjung di sini pada Rabu lalu.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Twitter rasminya dengan memuat naik gambar gegantung yang telah dirosakkan tersebut.

“Poster saya dirosakkan di Seri Manjung. Ia tak ganggu sesiapa. Empat kali repair (baiki), pasang balik. Kita tak ajar politik samseng,” katanya dalam entri Twitter berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Lumut, Mohd Rafiq Mohd ketika dihubungi berkata dia telah menaikkan gegantung tersebut di tempat yang dibenarkan pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu pada pukul 6 petang, Rabu lalu.

Menurutnya, pada keesokkan harinya gegantung tersebut ditemui terjatuh dari tempat ia mula digantung.

“Gegantung tu jatuh pada hari Khamis, jadi saya suruh beberapa anggota pemuda untuk mengantungkan semula gegantung tersebut dan pada mulanya kami hanya menganggap gegantung tersebut jatuh disebabkan tiupan angin.

“Namun, kejadian sama berulang keesokan harinya dan selepas digantung semula berulang-ulang kali, gegantung tersebut tetap jatuh, dan keadaannya juga seperti direntap, kami mula mengesyaki ini perbuatan khianat untuk menjatuhkan gegantung tersebut,”katanya.

Mohd Rafiq yang juga Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seri Manjung, berkata pihaknya mengambil keputusan untuk menurunkan gegantung tersebut malam tadi selepas keadaannya yang telah rosak teruk akibat perbuatan tersebut.

Menurut portal Umno Online, pihaknya tidak akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut namun berharap pihak yang melakukan perbuatan itu bersikap profesional dan mengamalkan politik secara sihat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");