Berita Hari Ini

Kutipan Sumbangan Pusat Tahfiz Berakhir 30 September

KUALA LUMPUR: Kutipan sumbangan dan derma kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar dalam kejadian pada 15 September lalu akan berakhir pada 30 September ini.

Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmod berkata, mesyuarat pengurusan telah memutuskan, penempatan petugas tahfiz itu di kaunter depan madrasah hanya pada tarikh berkenaan dan sebarang bantuan selepas itu akan terus berhubung dengannya.

“Kita hanya tidak meletakkan petugas kita di sana nanti tapi kalau ada yang menghulurkan sumbangan kami tidak menghalang.

“Pihak tertinggi pusat tahfiz ingin memastikan sumbangan dan derma itu benar-benar sampai kepada pihak yang memerlukan memandangkan itu amanah orang ramai kepada kita,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Mohd Zahid, sejak dari hari pertama kejadian, seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan darjat telah datang menziarahi pusat tahfiz itu termasuk daripada Singapura dan Brunei.

“Sesungguhnya, ini semua bagaikan siraman hujan rahmat daripada Allah kepada diri kami, membuatkan kami mendapat kekuatan untuk menangani ujian besar yang dihadapi.” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");