Perak Hari Ini

Landasan Keretapi Port Weld Simpan 1001 Kenangan Manis

Taiping: Sejarah pengangkutan kereta api di bandar di sini bermula apabila landasan kereta api pertama di Tanah Melayu menghubungkan Taiping dengan Port Weld yang kini dikenali sebagai Kuala Sepetang, dibuka oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885.

Ketika itu tujuan asalnya ialah untuk mengangkut bijih timah dari lombong-lombong di Larut ke pelabuhan Port Weld dan pada masa sama ia memudahkan perjalanan keluar masuk buruh-buruh lombong.

Malah kewujudan sistem kereta api itu kemudiannya menyumbang kepada pembangunan pesat di Taiping sehingga ia menjadi antara bandar terkenal di Tanah Melayu.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, stesen kereta api Taiping terus memainkan peranan penting kepada penduduk di sekitar Taiping dan Bukit Gantang untuk pergi ke utara dan selatan Semenanjung.

Penulis sempat berjumpa dengan beberapa penduduk tempatan bagi mendengar sendiri keunikan dan sejarah di bekas tapak keretapi tersebut.

Menurut peniaga Hashim Abdul Rani 70, yang meniaga di kawasan tersebut sejak 30 tahun lalu dahulunya terdapat kemudahan pengangkutan seperti beca yang digunakan untuk membawa penumpang ke stesen keretapi di Taiping.

“Stesen keretapi api ini tidak berubah masih kekalkan struktur bangunan untuk mengenang kembali nortagia lama,” katanya.

Jelasnya lagi,bukan sahaja bangunannya, malahan bumbung, gudang dan jejantas tetap sama seperti dulu.

“Orang ramai pernah bertanya soalan kepadanya berkenaan struktur binaan kenapa tidak diubah ..walaupun bangunan stesen itu sudah lama tetapi ia bersih, terjaga dan masih dikunjungi ramai orang.

“Sebenarnya, stesen tersebut memang sengaja dikekalkan dalam keadaan asalnya kerana ia merupakan tinggalan sejarah yang sangat penting kepada Malaysia,”katanya.

Katanya, mungkin ramai termasuk penduduk Taiping sendiri tidak mengetahui bahawa sejarah sistem kereta api di negara ini.

Sementara itu bagi seorang pengguna, Abdul Rashid Ali, 54, stesen itu merupakan antara kebanggaan warga Taiping yang menyimpan banyak nostalgia.

“Setiap kali pergi ke sini, ia pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kerana stesen ini masih sama seperti ketika kali pertama saya ke sini 48 tahun lalu,” katanya.

Abdul Rashid berkata, dengan mengekalkan stesen asal itu, orang ramai juga boleh melihat perbezaan antara dua zaman dan mensyukuri nikmat yang diperoleh sekarang

Terdahulu pembinaan landasan itu bermula pada 1882 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound sterling).

Kini selepas 133 tahun tanpa jemu berkhidmat kepada rakyat, stesen tersebut telah ‘bersara’ dalam tempoh bagi memberi laluan kepada stesen baru yang lebih moden dengan teknologi masa kini seperti dikehendaki rakyat.

Jasa stesen lama itu akan terus dikenang dan ia telah diserahkan kepada Jabatan Muzium Negara untuk dipelihara sebagai tempat bersejarah untuk tatapan generasi akan datang serta tarikan pelancongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");