Sukan Hari Ini

Langkah FAM Mampu Perkasakan Bola Sepak Pantai

PENUBUHAN Jabatan Futsal dan Bola Sepak Pantai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini diharap mampu menjadi titik tolak kepada penglibatan serius skuad bola sepak pantai negara selepas ini.

Seramai 14 pemain yang bersama kem latihan kebangsaan ketika ini dan hanya 10 pemain akan dibawa ke Busan, Korea Selatan, untuk menyertai kejohanan jemputan dengan senarai akhir akan diumumkan hari ini.

Sering terpinggir daripada sebarang kejohanan penting dan pendedahan, skuad bola sepak pantai mengharapkan perubahan ketara selepas penubuhan jabatan baru yang lebih khusus buat sukan itu.

Menurut penolong jurulatih skuad bola sepak pantai negara, Saiful Mohd Noor, sekurang-kurangnya pelan kem latihan kebangsaan boleh diadakan setiap bulan bagi menjamin perubahan landskap sukan itu selain pencapaian bakat baru mampu dilakukan dengan sewajarnya.

“Pihak FAM, pengurusan futsal dan bola sepak pantai mengambil berat mengenai sukan ini dan sekurang-kurangnya selepas ini kami boleh mengadakan latihan pusat pada setiap bulan sambil mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa.

“Tahun ini, kami sudah mendapat jemputan untuk menyertai dua kejohanan.

“Ini satu perkembangan yang bagus,” katanya.

Skuad bola sepak pantai yang terdiri daripada pemain yang sama sejak lima tahun lalu bakal berhadapan dengan aksi pendedahan selama dua hari di Busan, hujung minggu ini.

Kejohanan antarabangsa kali kedua itu menampilkan 16 pasukan dari kelab Korea selain kehadiran beberapa negara Asia Tenggara, antaranya Thailand, Filipina dan Indonesia.

“Kami tidak pernah bertemu Korea.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kejohanan kali ini, ia sebagai satu pendedahan untuk kami menghadapi kejohanan yang akan datang,” ujarnya, seperti dilaporkan portal Stadium Astro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");