Perak Hari Ini

Lelaki Hilang Dijumpai 10 Meter Dari Pos Operasi

SELAMA:Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang lewat petang semalam, di Sungai Kuala Nor, ditemui penduduk kampung dan bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Mohamad Sabri Zakaria 30,  ditemui dikawasan tempat mangsa jatuh kira-kira jam 5.20 petang tadi  dilokasi dimana mangsa dipercayai mula hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali berkata, mayat ditemui kira-kira 10 meter dari pos operasi sementara SAR di lokasi pam sungai Kuala Nor.

Menurutnya, ketika operasi mencari mangsa salah difahamkan salah seorang penduduk merasa terpijak objek  dalam air.

“Operasi terus dijalankan ditempat tersebut akhirnya pihak bomba bersama agensi terlibat menemui mayat.

“Mayat dibawa ke Hospital Selama turut dibantu pihak polis Selama, Angkatan Pertahanan Awam Selama, Majlis Daerah Selama serta penduduk kampung ,”katanya.

Semalam, Seorang lelaki berusia 31 tahun dikhuatiri hilang di Sungai Kuala Nor, Sungai Bayor, dekat sini, ketika memancing di situ lewat petang semalam.

Mangsa, Mohd Sabri Zakaria, dikatakan pergi memancing di sungai itu sebelum dipercayai hilang selepas orang awam menemui peralatan memancing dan sepasang kasut mangsa.

Berikutan penemuan barang mangsa itu, orang awam membuat laporan  kira-kira jam 6.15 petang, semalam.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini, di tanah perkuburan Islam Bukit Kubur, Mahang, Kedah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, pihaknya turut mengesahkan kejadian tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");