Perak Hari Ini

Lelaki Jatuh Sungai Ketika Memancing

SELAMA: Seorang lelaki berusia 31 tahun dikhuatiri hilang di Sungai Kuala Nor, Sungai Bayor, dekat sini, ketika memancing di situ lewat petang tadi.

Mangsa, Mohd Sabri Zakaria 31, dikatakan pergi memancing di sungai itu sebelum dipercayai hilang selepas orang awam menemui peralatan memancing dan sepasang kasut mangsa.

Berikutan penemuan barang mangsa itu, orang awam membuat laporan mengenai kehilangan mangsa kira-kira jam 6.15 petang, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan terus ke tempat kejadian

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selama melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dengan kerjasama pihak Polis Selama, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Daerah Selama.

Jelasnya lagi, pasukan SAR memulakan gerakan mencari mangsa di sungai berkenaan kira-kira jam 7. 15 rondaan pengairan sungai telah di jalan sepanjang 3 Kilometer dari tempat kejadian dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui operasi mencari masih diteruskan.

“Pihaknya turut meminta bantuan daripada pasukan penyelamatan di Air Balai bomba penyelamat Kuala Kangsar dan unit anjing pengesan K9,”katanya.

Sementara itu, Bapa Mertua mangsa, Zawawi Mat Isa 54, berkata, pihaknya bimbang mangsa (Mohd Sabri) terkena sawan ketika sedang memancing.

“Sebelum ini Mohd Sabri memang ada penyakit sawan, sebab pernah berlaku sawan dalam rumah. Membuatkan saya bimbang keselamatannya.

“Mangsa (Mohd Sabri juga seorang yang pandai berenang,”katanya.

Tambahnya lagi, seluruh keluarga kini dalam keadaan bersedih apabila kejadian ini berlaku hari raya Aidiladha.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");