Jenayah

Lelaki Mengamuk Rempuh Kereta Orang

SHAH ALAM- Sebuah video tular di laman sosial Facebook yang merakam gelagat seorang lelaki melanggar kereta milik lelaki lain, semalam.

Memetik tajuk video tersebut, Kes Tarik Kereta Menurut Sumber Kejadian Berlaku Di Rawang, Siapa Ada Maklumat Tentang Kes Ini???, kejadian tersebut berlaku di sebuah bengkel kereta di Rawang, beberapa hari lalu lapor Sinar Harian.

Mengamati video itu yang berdurasi selama 67 saat, terdapat empat orang lelaki serta seorang wanita, dengan seorang lelaki memandu kereta Proton Wira berwarna hijau, manakala seorang lagi lelaki memandu kereta Proton Saga berwarna perang muda.

Pada tiga saat pertama video itu, dua orang lelaki yang bertubuh gempal cuba membuka pintu kereta Proton Saga itu. Namun berlaku tindakan yang mengejutkan apabila lelaki yang berada di dalam Proton Saga mengundurkan keretanya dengan begitu laju.

Akibatnya, keretanya telah melanggar kereta Proton Wira, yang diletakkan begitu hampir. Tidak cukup sekali, lelaki terbabit melanggar kereta Wira tersebut sebanyak tujuh kali, sehingga bahagian depan kereta itu remuk teruk.

Melihat tindakan drastik itu, wanita di dalam video terbabit menjerit dengan menggunakan perkataan abang, merujuk kepada pemandu Proton Saga dengan tujuan meminta lelaki itu menghentikan tindakannya, namun jeritannya tidak diendahkan.

Selepas tujuh kali melanggar kereta Proton Saga, lelaki itu terus meninggalkan bengkel dan kesemua individu yang berada dalam premis itu.

Video itu telah ditonton sebanyak 18,000 kali, dan dikongsi sebanyak 70 kali oleh pengguna Facebook, sejak video itu diletakkan di dalam Facebook sebuah kumpulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");