Jenayah

Lemas Ketika Kawan Ambil Gambar

BANGALORE, INDIA: Seorang pelajar kolej lemas ketika kawan-kawannya mengambil gambar kenangan, Ahad lepas.

Menurut laporan Sinar Online menerusi India Today, kejadian berlaku semasa mangsa, Vishwas G dan pelajar dari kolej Jayanagar beriadah di kolam berhampiran kuil Gundanjaneya.

Salah seorang pelajar, Sumanth A mengatakan keadaan mangsa hanya disedari selepas gambar tersebut diambil.

“Salah seorang pelajar melihat kembali gambar dan terus memberitahu seorang pensyarah, profesor Girish.

Profesor Girish dan beberapa pelajar lain kemudian kembali ke kolam tersebut dan gagal menemui mangsa.

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh polis dan keluarga mangsa tiba di tempat kejadian.

Ibu bapa mangsa kemudian membawa mayat mangsa ke hadapan kolej sebagai tanda protes dan mendakwa pihak kolej cuai.

Jurucakap kolej Jayanagar memberitahu, pihaknya berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan mereka yang didapati cuai akan dihukum.

Sementara itu, polis mengatakan terdapat papan tanda larangan di lokasi kejadian.

“Kumpulan pelajar tersebut tidak mempedulikan larangan jangan mandi dan terus ‘terjun’,” kata seorang anggota polis.

Polis akan mula menyoal siasat pelajar-pelajar yang terlibat dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");