Perak Hari Ini

Lembah Tempurung Ikon Pelancongan Berpotensi Besar

GOPENG: Kawasan Lembah Tempurung dan sekitarnya berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan bagi pelancongan agro.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, seperti konsep taman negara, Lembah Tempurung turut menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara khususnya untuk menikmati keindahan alam semula selain bagi tujuan aktiviti sukan lasak.

“Kita lihat di sini terdapatnya aktiviti white water rafting (berakit arus deras) yang sungguh mencabar dan saya difahamkan ia merupakan tahap ketiga daripada lima tahap cabaran arus deras yang ada.

 

“Begitu juga di sini terdapat Gua Tempurung di mana ia merupakan salah satu daripada kawasan yang kerajaan negeri sentiasa berusaha membangunkan kerana ia mempunyai potensi besar dari segi keunikan guanya dan keindahan alam semula jadi di sekelilingnya,” katanya.

Tambah beliau, Lembah Tempurung juga mempunyai tarikan dari segi aktiviti kesenian dengan kewujudan Kampung Karyawan Malim yang mula dibangunkan beberapa tahun lalu.

 

“Kita memberi dokongan kepada ‘Pak Malim’ (Pengerusi Yayasan Kampung Karyawan Malim, Malim Ghozali PK) untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang indah juga dikhususkan kepada hal-hal berkaitan kesenian dan budaya.

“Ini juga merupakan salah satu ikon pelancongan kita di mana ia boleh menjadi tumpuan kepada pengunjung dalam dan luar negara yang mahu mengetahui kesenian tempatan selain merasai sendiri keindahan kawasan perkampungan melayu di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ikon Kesenian Negeri di Kampung Karyawan Malim, dekat sini, pada Rabu.

 

Terdahulu, Menteri Besar berkesempatan melakukan aktiviti berakit arus deras bersama pengamal media dan kakitangan daripada agensi-agensi kerajaan pada program ‘Think Tourism Day’, Lembah Tempurung – The Outdoor Haven Of Perak, di Sungai Kampar.

Selain itu, beliau juga berkesempatan menyempurnakan program Ziarah Kasih bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) dan agensi-agensi kerajaan lain di Kampung Gunung Mesah Hilir.

 

Program ini bersempena dengan Pemukiman Menteri Besar di Daerah Gopeng dan Kampar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");