Membawang Hari Ini

Leonardo DiCaprio ‘The Joker’ Yang Baharu?

TERKENAL dengan rambut hijau dan berbibir merah, watak The Joker lakonan Heath Ledger sangat diingati walaupun setelah pemergiannya.

Sehingga kini, syarikat Warner Bros tidak dapat mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak antagonis itu selepas Ledger.

Sebelum ini, dalam filem Suicide Squad, watak The Joker telah dilakonkan oleh Jared Leto. Namun ianya tidak meninggalkan kesan langsung, malah dikecam peminat setia Batman kerana terlalu ‘try hard’ untuk menjadi Joker.

Terkini, Warner Bros dalam fasa untuk menghasilkan filem spin-off untuk Joker dan Harley Quinn dan producer terkemuka Martin Scorsese dikatakan terlibat dalam projek ini. Disebabkan itu, teraju utama filem Titanic, Leonardo DiCaprio turut disenarai untuk memegang watak The Joker.

Dengar-dengarnya, dengan menjadikan Scorsese sebagai producer untuk filem baru itu sekaligus Warner Bros dapat ‘memancing’ DiCaprio untuk memegang watak Joker tersebut.

Maklumlah, pasangan duo ini kan sudah menghasilkan lima filem terkenal seperti The AviatorShutter Island dan The Wolf Of Wall Street. Todd Philipps pula akan bertindak sebagai pengarah filem ini.

Dikhabarkan gandingan ini adalah cubaan Warner Bros untuk menghasilkan filem yang setanding siri trilogi The Dark Knight oleh Christopher Nolan.

Namun, filem yang sedang dirancang ini masih berasingan daripada filem DC Extended Universe termasuk Suicide SquadWonder Woman dan Justice League.

Menurut portal Reporter Hollywood, dikatakan Leto tidak puas hati dengan tanggapan bahawa terdapat dua pelakon berbeza memainkan peranannya. Ini kerana akan mengelirukan penonton selain melemahkan keupayaannya membawakan watak tersebut.

DiCaprio antara pelakon Hollywood yang paling sesuai dan berbakat untuk membawakan watak Joker itu. Tetapi, sekiranya bukan DiCaprio yang dipilih, Warner Bros akan mencari pelakon A-List untuk membawakan watak dalam sebuah filem yang digambarkan sebagai thriller bos jenayah yang kejam dalam dunia Gotham melalui lensa Scorsese.

Walau bagaimanapun, semuanya masih belum diputuskan lagi dan tiada apa-apa keputusan yang ditetapkan. Sama-sama kita nantikan penjelasan mereka nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");