Isu Panas

Letak Calon Di Kelantan, Bukti DAP Berkuasa

KOTA BHARU – Cadangan DAP untuk meletakkan calon di Kelantan membuktikan Pakatan Harapan dikuasai parti itu.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, berkata, walaupun DAP berhasrat untuk bertanding dua kerusi, tetapi ia jelas menunjukkan parti sudah menunjukkan penguasaan dalam gabungan itu.

“Bila parti itu berhasrat untuk tawan Johor dan  bertanding di Kelantan. DAP dah yakin ia ada  kata putus dalam pembangkang, ia mem buktikan DAP sudah memimpin Pakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Al-Imani di Buluh Poh, di sini semalam.

Terdahulu sebelum ini Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengesahkan DAP menawarkan diri untuk bertanding di Kelantan.

Dua kerusi yang dikatakan menarik minat DAP adalah Kota Lama dan Galas.

Dalam pada itu, Annuar  yakin pakatan pembangkang itu akhirnya terpaksa mengalah dengan pemintaan DAP itu bertanding di negeri yang paling sedikit kaum Cina.

“Saya yakin pakatan akhirnya terpaksa menurut pemintaan DAP dan membuka pintu buat pertama kali,  perkara ini  sepatutnya membuka mata rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");