Berita Hari Ini

LHDN Sedia Bantu Pusat Tahfiz Isu Cukai Hasil Derma

PUCHONG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersedia menawarkan perkhidmatan nasihat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara untuk memohon pengecualian cukai.

Pengarah Jabatan Pungutan Hasil LHDN, Mohd. Idris Mamat berkata, menerusi perkhidmatan tersebut akan memudahkan pusat tahfiz itu mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi menampung operasinya.

“Pihak LHDN turut bersimpati dengan tragedi yang berlaku terhadap pelajar pusat tahfiz itu. Sehubungan itu, pihak kami ingin menawarkan diri untuk memberi sesi khidmat nasihat bagi mereka dapat memohon pengecualian cukai.

“Sekiranya terdapat pihak yang ingin memberikan sumbangan kepada pusat tahfiz tersebut, penderma boleh dapat potongan dalam pengiraan cukai pendapatan mereka,” kata Mohd. Idris dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, isu itu terletak di bawah sub seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Terdahulu Mohd. Idris meraikan Hari Malaysia bersama warga Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua al-Ikhlas di Pulau Meranti di sini.

Semalam, seluruh negara gempar apabila pusat tahfiz di Jalan Ujung Keramat itu terbakar dalam keadaan tragik pada waktu subuh mengakibatkan 21 pelajar dan dua warden yang terperangkap di bangunan berkenaan terbunuh.

Dalam pada itu kata Mohd. Idris, sebagai tanda simpati terhadap nasib pusat tersebut, LHDN akan menyampaikan sumbangan ihsan sebanyak RM11,500 hasil derma kilat daripada kakitangannya. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");