Berita Hari Ini

LHDNM Sangkal Penguatkuasaan Unsur Politik

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh organisasi ini adalah bertujuan melemahkan sumber kewangan kumpulan politik tertentu.

Seperti amalan negara lain, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDNM adalah berdasarkan kriteria dari sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian semata-mata.

LHDNM tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu di dalam pangkalan datanya kerana maklumat sebegini tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes.

Pada masa yang sama, maklumat individu atau syarikat yang dikenakan tindakan audit dan siasatan juga tidak didedahkan oleh LHDNM kerana tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan.

LHDNM amat menitikberatkan pelaksanaan tugas pada tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

LHDNM akan sentiasa memastikan agenda penguatkuasaan yang dilaksanakan menjurus kepada mewujudkan persekitaran yang adil kepada pembayar cukai yang sentiasa patuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menyumbang untuk pembangunan negara.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");