Membawang Hari Ini

Maal Hijrah: Artis Masalah Elok Renung Kebodohan Diri

KEBELAKANGAN ini kita naik loya tengok dunia artis dan selebiriti. Malah, kerap kali terasa nak muntah tengok fiil orang jenis ini. Satu dua nama dapat dijadikan teladan, sementara berbaris-baris yang lain, ada kalanya macam susunan sampah-sarap saja.

Ada dua faktor yang menjerumuskan artis ke dunia yang meloyakan masyarakat. Pertama: Populariti yang tidak boleh dikendalikan dan akhirnya merosakkan personaliti. Kedua: Kemewahan yang merosakkan kehidupan terutama dengan sikap berparti dan bersosial.

Artis manusia biasa. Tidak terlepas melakukan kesilapan. Tetapi jangan lupa, masyarakat juga manusia biasa yang tidak mudah untuk melupa dan memaafkan.

Ini skenario biasa di negara ini. Masyarakat memberi sokongan dalam membina populariti dan kerjaya artis, jadi adalah adil sekiranya artis yang dilihat tidak bernilai dan bermoral dipulau dan disisihkan.

Jamal Abdillah punya sejarah panjang. Tidak perlu disebut. Namun, Jamal faktor menarik kerana dia disayangi dan diterima selepas berkali-kali melakukan kesilapan.

Mengapa? Kerana faktor personaliti. Jamal membuktikan kesungguhan untuk membaiki diri dan setiap kali jatuh, Jamal berusaha bangun tanpa menyalahkan sesiapa. Jamal subjek terbaik dalam sejarah artis berusaha membaiki kekurangan diri tanpa menyalahkan sesiapa..

Artis sekarang ada yang cerdik dan ada yang bengap. Yang sengal selalu muncul dengan kebodohan yang ada kalanya mengalahkan perangai budak tadika. Artis jenis bengap ini berharap, salah dan silap dimaafkan.

Realitinya, bukan hari-hari adalah hari raya. Bukan hari-hari orang bersedia memaafkan kesilapan kita!

Ada artis yang jenis kamikaze. Punya berani melakukan apa saja sampai tahap bawa mati. Artis jenis ini senang diuruskan, sebab apabila kerjaya dah mati, dia dilupakan orang.

Cuma yang susah ialah jenis: Buat salah bagai nak rak, esok muka ada lagi. Macam-macam alasan diberi. Paling hebat: Sudahlah berbuat salah, tetapi teguran masyarakat pula yang dipersalahkan.

Wartawan hiburan Malaysia memang prihatin. Banyak artis yang jenis bawa pengaruh bahaya kepada masyarakat pun, setelah bersalah – masih diberi peluang. Ada wartawan yang sanggup jumpa editor merayu ruang publisiti untuk menyiarkan berita artis yang sudah digam kerana isu sosial dan berakhlak buruk.

Jadi artis jangan salahkan wartawan. Anda menerima publisiti bernilai ratusan ribu ringgit di ruang akhbar dan kaca TV, tetapi anda membakar nilainya dengan bertindak bodoh.

Jadi, raikan hari pertama Maal Hijrah ini dengan memikirkan: Kenapa bodoh sangat!

Sudah dapat jawapan: Tepuk dada tanya selera! – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");