Jenayah

Mangsa Kebakaran Di ICU Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Dua mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka pulih dalam tempoh tiga hingga empat minggu.

Pengarah Jabatan Kecemasan HKL, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah, berkata mangsa berusia 11 dan 14 tahun itu kini stabil, namun masih menerima rawatan.

“Mereka semakin pulih tetapi masih trauma. Mereka dijangka pulih antara tiga hingga empat minggu.

“Buat masa ini, pihak HKL tidak membenarkan pelawat menziarahi pesakit berusia 11 tahun itu yang ditempatkan di ICU Pediatrik kerana keadaannya mudah dijangkiti kuman.

“Kami terpaksa asingkan pesakit di wad lain sehingga keadaannya bertambah baik,” katanya kepada BH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, ke HKL, hari ini.

Dr Abu Hassan Asaari berkata, lima lagi mangsa turut menerima rawatan di wad kecemasan HKL.

“Mereka dilaporkan semakin pulih tetapi dalam keadaan trauma. Mereka dijangka dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, amat penting bagi pihak keluarga memberi sokongan moral selain bantuan kaunseling dalam usaha mengatasi trauma dialami mangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");