Berita Hari Ini

Mat Kilau Pernah Digelar ‘Orang Jahat’

KUALA LUMPUR: Pahlawan silam, Mat Kilau pernah dilabel sebagai orang jahat semasa belajar di sekolah kira-kira 40 tahun lalu.

Prof Ulung dan Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata, semasa beliau menuntut pada zaman persekolahan dulu, pahlawan terbilang itu dikatakan orang jahat.

“Masa belajar (dulu) cakap Mat Kilau jahat. Sama macam pelakon filem lama, (Allahyarham) Salleh Kamil jahatnya. Yang baik siapa? Heronya… (Allahyarham) Tan Sri P Ramlee. Tapi, bila saya menyambung pengajian di Universiti Malaya, tiba-tiba Mat Kilau jadi hero.

Macam mana tu, dulu jahat sekarang hero pula? Siapa yang jahat sebenarnya? Ahli sejarah atau Mat Kilau atau Inggeris?,” katanya semasa menjadi panel Dialog Mat Kilau: Penentang atau Pejuang, Perspektif Integriti di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran dialog hari ini tepat, iaitu merungkai mengenai integriti pada hari ini.

“Maknanya, kesahihan, pentafsiran dan penyampaian. Kita ni banyak terikut-ikut dengan peperiksaan, bukan sejarah. Bila dah lulus, kira pandai, sedangkan ia hanya menjawab di atas kertas.

“Pada saya, perjuangan saya dalam mencari bagaimana nak mentafsir sejarah supaya ia dapat mendedahkan kepada kita apa yang sebenarnya berlaku, apa yang direka-reka dan apa yang ditafsir sesuai dengan orang yang bercerita,” ujarnya.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, sejarah tidak terikat hanya dengan satu penyampaian sebaliknya ia mempunyai banyak cara yang boleh digunakan.

“Saya nak ajak orang sejarah berdebat. Tidak ada satu interpretasi sejarah yang tepat, tetapi ada beberapa. Elok didedahkan kepada rakyat.

“Sejarah Malaysia termasuk pahlawan mahupun dikatakan penentang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau yang merupakan pejuang yang menentang British.

“Ada sejarah hero dan penentang. Hero ini lebih dominan. Saya belajar dari sekolah rendah. Penentang ini dimaksudkan yang menentang raja-raja Melayu, yang menentukan sejarah bukan hanya pada hero tetapi termasuk penentang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");