Isu Panas

Mat Taib Kembali Ke Pangkuan UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, yang sebelum ini bersama PAS dan PKR, hari ini menyertai semula UMNO.

Menurut BH Online, kemasukan semula bekas Naib Presiden UMNO itu diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu sidang media khas di Menara Dato’ Onn, di sini.

Najib menjelaskan, keputusan Muhammad, yang juga bekas Menteri Kabinet UMNO itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaan pada pakatan pembangkang terutama PKR.

“Beliau masuk kembali UMNO kerana keikhlasannya, tanpa ada sebarang tuntutan dan ia dibuat atas kesedaran perjuangan saja tanpa ada niat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Ahli Majlis Tetinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa serta Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsuddin.

Muhamamad menyertai PAS dan PKR selepas meninggalkan UMNO.

Ditanya sama ada lebih ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO selepas ini, Najib berkata: “Kita tunggulah dulu. Sekarang (Parti Pribumi) Bersatu (Malaysia) pun tengah ribut.”

Najib berharap kemasukan semula Muhammad itu akan membantu memperkukuhkan UMNO Selangor dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");