Perak Hari Ini

‘MB Mohon Maaf’

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon maaf kepada rakyat Ipoh kerana kesesakan yang berlaku sepanjang penganjuran Perak Festival of Idea (PFoI).

Menurut beliau, penganjuran program berkenaan ternyata memberi impak kepada negeri itu.

“Saya ucapkan terima kasih dan juga ingin memohon maaf kepada rakyat khususnya yang berada di Ipoh di mana dilaporkan keadaan bandar agak sesak sejak kebelakangan ini.

 “Hal ini kerana sambutan yang menggalakkan terhadap temasya ini,” katanya.

Zambry dalam itu turut menyatakan bahawa kerajaan negeri amat menggalakkan penglibatan golongan anak muda dalam projek bisnes sosial.

Katanya, projek berkenaan bukanlah hanya mementingkan keuntungan peribadi malah ia lebih kepada perancangan untuk turut memberi kebaikan kepada masyarakat.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menggalakkan anak-anak muda yang mempunyai minda bisnes tapi beraspirasikan kebajikan masyarakat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan progam Asia Pacific Social Business Forum bersempena Perak Festival of Idea (PFoI) di Hotel Casuarina Meru di sini, pada Ahad.

Sementara itu,Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, sambutan dalam kalangan pihak swasta terhadap Pangkor Dialogue (PIDD) bagi tahun ini sangat memberangsangkan.

“Pada kali ini kita berjaya mendapatkan lebih dari 300 pemain-pemain industri dan mereka sangat teruja untuk berada dalam acara tahunan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");