Perak Hari Ini

MB Perak Buat Kejutan, Pandu Sendiri Lori Kutip Sampah

KAMPAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kali ini membuat kejutan apabila bertindak memandu sendiri lori sampah pada sesi program Program Perak Yang Bersih Daerah Kampar di sini hari ini.

Beliau sekali lagi turun padang mengutip sampah dan kali ini bersama barisan exco kerajaan negeri dan penduduk setempat di kawasan Malim Nawar.

Aktiviti program Perak Yang Bersih Daerah Kampar dianjurkan di Malim Nawar bersempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Batu Gajah dan Kampar yang berlangsung 25 sehingga 30 September ini.

Biarpun tindakannya itu dikritik hebat oleh pihak pembangkang, Menteri Besar tetap meneruskan program tersebut malah ia menjadi acara rasmi kerajaan Negeri setelah dilancarkan di Bandaraya Ipoh.

Beliau yang tiba sekitar jam 8 pagi telah memandu sendiri salah sebuah lori sampah selepas mendengar taklimat di hadapan masjid Al-Mutaqqin.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong dan dua exco wanita kerajaan negeri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi,Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim.

Kumpulan Perak Yang Bersih Daerah Kampar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan bergerak ke Pekan Lama Malim Nawar, Pekan Baru Malim Nawar, Taman Bina Jaya A & Taman Bina Jaya B) bagi sesi kutipan sampah dan pembersihan.

Program kali ini disertai oleh 120 kakitangan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan penduduk setempat.

Zambry kemudiannya tiba di Pasar Awam Malim Nawar turut berkesempatan meninjau kawasan Pasar Awam Malim Nawar serta mengadakan lawatan dan menyerahkan Kit Kebersihan Pengendalian Makanan kepada peniaga pasar dan pusat penjaja.

Beliau turut merasmikan Papan Tanda Kepenggunaan & Anti Dadah serta bersarapan pagi bersama penduduk sekitar Malim Nawar di sini pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");