Perak Hari Ini

‘Monyet’- Ketua SPRM Mahu Rakyat Nilai Lim Kit Siang

IPOH:Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meminta agar rakyat menilai sendiri peribadi seorang pemimpin yang dipaparkan oleh Pemimpin DAP Lim Kit Siang berdasarkan tutur kata dan percakapannya.

Malah jelasnya percakapan Lim Kit Siang itu disifatkannya satu perkataan yang tidak bertamadun.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lim yang berkata, orang ramai khususnya sedang menilai pendirian Dzulkifli mengenai skandal 1MDB.

“Dzulkifli harus menyedari bahawa jika dia bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Dzulkifli perumpaan sebagai ‘Monyet’ yang digunakan oleh Lim Kit Siang mencerminkan adabnya.

“Jadi nilailah adab bicara Lim Kit Siang, adakah itu budaya Malaysia biar rakyat menilai..saya terbuka menerima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap, kita ada adab kita masyarakat Malaysia yang beradab,” katanya katanya dalam satu sidang media pada Majlis Perasmian Mural Pencegahan Rasuah Sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) peringkat negeri Perak di Bangunan SPRM Ipoh di sini hari ini.

Jelasnya perkataan yang digunakan Lim itu adalah satu perkataan yang tidak bertamadun jadi rakyat Malaysia menilai itukah yang ditampilkan selaku seorang pemimpin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");