Laporan Eksklusif

‘Muslim Only’ Atau ‘Chinese Only’: Jangan ‘Petik Suis’ Antara Satu Sama Lain

Isu ‘Dobi Muslim Only’ nampaknya semakin dikontroversikan oleh pihak tertentu, malah ada yang melabelkan sebagai premis itu sebagai rasis.

Namun, masyarakat sedar atau tidak, amat jarang atau ia yang pertama kali sebuah organisasi sama ada perniagaan atau tidak menggunakan terma ‘Muslim Only’.

Hanya kerana perkataan ‘Muslim Only’ premis dobi berkenaan terus dikecam sedangkan jelas kita boleh lihat di supermarket serta premis-premis lain akan perkataan ‘Chinese Only’ atau ‘Indian Only’.

Ini bukan artikel berbaur rasis. Penulis hanya ingin menekankan mengapa sebuah premis yang ingin menjaga kesucian dan meletakkan label ‘Muslim Only’ perlu dikecam teruk.

Apa hanya ada sebuah sahajakah kedai dobi di kawasan itu?

Masyarakat tidak perlu menghangatkan sesuatu perkara hanya kerana ia bertentangan apa seringkali anda lihat.

Mengapa premis berkenaan dengan iklan kerja kosong ‘Chinese Only’ atau ‘Indian Only’ tidak dikecam sedangkan merata-rata kita boleh lihat.

Kononnya wujud persoalan non muslim tidak suci melalui label ‘Muslim Only’- bagi menjaga kesucian.

Namun, bagaimana pula apabila orang muslim terlihat iklan kerja kosong ‘Chinese Only’ atau ‘Indian Only’.

Bagaimana sebuah premis dengan ‘Muslim Only’ memberi kesan teruk kepada masyarakat berbanding label ‘Chinese Only’.

Ironinya, masyarakat kini cukup gemar ‘Memetik Suis’ antara satu sama lain dan kemudian ia diperbesarkan sehingga menjadi kontroversi yang hebat.

Masyarakat Muslim tidak seharusnya melatah dengan perkara ini sebaliknya menyokong usaha pemilik perniagaan tersebut.

Dalam masa yang sama, bagi masyarakat non muslim, mulalah berfikiran positif. Kadangkala ada muslim juga yang berkecil hati dengan iklan kerja kosong ‘Chinese Only’ atau ‘Indian Only’.

Jadi, sebagai masyarakat di negara yang berbilang kaum janganlah kita asyik mengecam sekiranya individu tersebut ingin melaksanakan sesuatu berlandaskan agama masing-masing. Asalkan ia tidak menjejaskan keamanan negara, mengapa ia perlu dipertikaikan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");