Perak Hari Ini

MyCCSkills Platform Terbaik Lahirkan Tenaga Mahir Bidang Automotif

IPOH: Para pelajar Kolej Komuniti khususnya dalam bidang Teknologi Automobil harus meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan kemahiran bagi membantu memperkembangkan lagi industri automotif negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata industri berkenaan pada masa kini memberi impak yang tinggi terhadap ekonomi negara.

Malah katanya, bidang berkenaan turut mendapat permintaan yang tinggi dikalangan majikan dan pemain industri.

“Saya berpendapat Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) Teknologi Automobil ini merupakan satu platform yang terbaik untuk para pelajar meningkatkan keyakinan serta kemahiran mereka dalam bidang ini dan secara tidak langsung, menjadi persediaan mereka sebelum melangkah ke industri nanti,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan MyCCSkills 2017 di Kolej Komuniti Sungai Siput, pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Zulkifli Kamarudin; Jawatankuasa Teknikal Unit Sahsiah dan Kemahiran, Bahagian Pembangunan Pelajar, Haslinda Abd Hamid dan Pengurus Projek Khas Proton Holdings Berhad, Hung Yew Kim.

Mohd Zolkafly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang turut berharap wakil Kolej Komuniti ini akan berjaya mara ke peringkat akhir pada pertandingan antara Institusi Pengajian Tinggi lain yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya juga berharap mereka juga dapat mewakili negara ke peringkat rantau ini dan seterusnya dunia di mana pertandingan itu akan diadakan pada tahun hadapan,” ujarnya.

 

Dalam perkembangan sama, wakil dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Afiq Aiman Mohd Zapuan, 18 muncul sebagai juara dan berjaya membawa pulang pingat emas.

“Saya bersyukur dan tidak menyangka segala persiapan dalam masa seminggu ini membuahkan hasil”, katanya.

Dia merupakan antara 33 peserta dari 17 buah Kolej Komuniti seluruh negara yang menyertai acara tahunan ini.

Penganjuran kali kelima di Kolej Komuniti Sungai Siput ini turut mendapat kerjasama dari Proton Holdings Berhad, yang juga sebagai rakan strategi mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");