Isu Panas

Nafi Ada Dua Puak Dalam PKR

NAIB Presiden PKR, Tian Chua menafikan wujud dua puak yang mempunyai pandangan berbeza dalam isu mengadakan kerjasama dengan Pas.

Menurut Tian Chua, PKR tidak mempunyai sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pas, malah tidak akan bekerjasama pada PRU14.

“Pas tidak akan bantu PKR gantung bendera, dan PKR pun tidak akan bantu Pas buat begitu. Antara PKR dan Pas pun, tidak akan berlawan di kawasan sama.

“Kami tidak mempunyai hubungan kerjasama dan tidak bermakna kami perlu berlawan antara satu dengan lain,” katanya kepada Oriental Daily.

Jelas Ahli Parlimen Batu ini, PKR tidak sedia membawa soal kerjasama dengan Pas ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik Pakatan Harapan kerana ia hanyalah masalah kecil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");