Jenayah

‘Nak Tolong Ibu Ayah Masuk Syurga Firdaus’

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini sempat memberi ibunya surat, semalam.

Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika melawat anaknya di pusat tahfiz itu.

“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”

“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.

“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.

“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”

Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.

“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya, menurut laporan BH Online.

Seramai 22 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.

Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");