Sukan Hari Ini

Nasib Dua Atlet Berbasikal Para Belum Diputuskan – Khairy

SUNGAI BULOH: Penyertaan dua atlet berbasikal Malaysia yang terlibat dalam kemalangan pagi Khamis dalam sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini, masih belum dimuktamadkan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sebarang keputusan mengenai penyertaan Muhammad Khairul Nizam Mohd Ali dan Mohd Hairul Hazwan Wahab yang mengalami hentakan di kepala akibat kemalangan itu bergantung kepada penilaian doktor dan pakar.

“Mereka masih memerlukan pemantauan dan sekiranya dibenarkan doktor, mereka boleh keluar dari Hospital Sungai Buloh, esok (Jumaat).

“Mereka akan terus dipantau mengenai penyertaan dalam Sukan Para ASEAN ini. Walaupun hentakan di kepala, terdapat beberapa prosedur dan protokol perlu dipatuhi apabila berlaku insiden ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Sungai Buloh Khamis lapor Bernama.

Khairy berkata kesihatan kedua-dua atlet itu tidak boleh dikompromi semata-mata untuk mengejar pingat emas.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu, Ketua Jurulatih Mohd Johari Nayan, 42 dan dua ‘pilot rider’ iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, serta Muhamad Nur Syafiq Suhaimy, 25, turut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km1 2.6 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

Khairy berkata Mohd Nor Rizuan dan Muhamad Nur Syafiq mengalami kecederaan yang lebih serius dan memerlukan masa lama untuk pulih.

“Mohd Nor Rizuan mengalami keretakan tulang belakang di bahagian T8 dan T11 manakala Syafiq mengalami keretakan kaki kanan yang memerlukan pembedahan,” katanya.

Khairy mengesahkan Johari hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah dibenarkan pulang petang tadi.

Dua atlet para berkenaan adalah antara prospek emas negara yang dijadualkan beraksi di Sukan Para ASEAN dalam acara berbasikal lepas beramai-ramai dan ujian masa individu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");