Berita Hari Ini

NGO Malaysia Laksana Korban Di Lima Daerah Bangladesh

SATHKIRA – BANGLADESH. Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) dibantu tujuh peserta MyCorps Asia Selatan telah melaksanakan Program Qurban Bangladesh bersempena perayaan Aidiladha yang disambut di negara ini pada hari ini.

Sebanyak 11 ekor lembu dan 11 ekor kambing sumbangan rakyat Malaysia telah dikorbankan di lima kawasan di daerah Sathkira termasuk Iswaripur, Ayulia,  Padma Pukur, Gabura dan Munchiganj.

Program korban ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan oleh NGO dari Malaysia di Sathkira,  terutamanya di Gabura.

MyCorps merupakan program Sukarelawan pertama dari Malaysia yang hadir bagi menjalankan misi kemanusiaan seumpama ini di Gabura.

Peserta MyCorps Asia Selatan ini kini berada di Sathkira selama dua bulan bagi menjalankan misi kemanusiaan di bawah pemantauan Kementerian Belia dan Sukan.

Pengerusi Mahar, Jismi Azahari JohariNl berkata, NGO tersebut memilih Sathkira untuk menjalankan program korban ini kerana daerah ini pernah terjejas teruk akibat dilanda taufan Alia pada tahun 2009 yang lalu.

“Ia merupakan satu daerah yang agak terpencil di Bangladesh, yang kurang mendapat bantuan selepas kejadian bencana alam tersebut, disebabkan akses yang sukar dan mempunyai komuniti yang daif.

“Sejak taufan Alia melanda,  aktiviti ekonomi utama mereka, iaitu mengusahakan tanaman padi tidak dapat dijalankan kerana air di sawah padi menjadi masin,” katanya.

Buat masa ini, aktiviti mengutip madu menjadi kegiatan ekonomi yang utama penduduk di daerah ini.

“Malangnya nasib pengutip madu ini turut terancam kerana ramai yang telah meninggal dunia akibat dibaham harimau terutamanya di Sunderban, kerana ia merupakan tempat pemuliharaan harimau di Bangladesh.

“Mahar dan MyCorps merupakan NGO yang pertama dari Malaysia yang menjalankan misi kemanusiaan seumpanya di daerah yang sering dilanda taufan tersebut buat masa kini”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");