Perak Hari Ini

NGO Sebagai Kuasa Ketiga Terpenting Dalam Pentadbiran Kerajaan

IPOH: Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) amat memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata NGO ini merupakan entiti yang penting bagi sesebuah negeri mahupun negara, selepas dari kerajaan dan pentadbiran.

“NGO inilah yang akan membantu kita dalam memperkasakan segala gerak kerja kerajaan. 

“Sebagai contoh saya nak lihat negeri Perak ini sebagai negeri yang terbersih.

“Ia tidak akan menjadi realiti kalau hanya saya dan pentadbiran sahaja berkerja dan tidak didokong oleh anda semua,” katanya.


Tambah Zambry, NGO juga turut berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ yang dapat memberi ‘check and balance’ terhadap segala dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen NGO Negeri Perak 2017, bersempena dengan Perak Festival Of Ideas di Hotel Casuarina Meru, di sini, pada Ahad.

Ia turut dihadiri, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Rejab Ramli serta Datuk Bandar, Datuk Zamri Man.

Pada masa sama, sebanyak 42 buah persatuan penduduk turut menerima geran persatuan dari ROS yang disampaikan oleh Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");