Sukan Hari Ini

Nidzam Adzha Akui Rasa ‘Lega’

KETUA Jurulatih Kedah lega selepas lima tonggak utamanya yang diketepikan ketika berdepan Felda United kini mampu kembali membantu skuad hijau kuning.

Mohd Nidzam Adzha berkata, kehadiran semula pemain-pemain tersebut pasti dapat membantu Kedah mengekalkan kemenangan ke atas Selangor dalam saingan Piala Malaysia malam ini.

Kesemua mereka mengalami kecederaan ketika Kedah menentang Selangor dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Selayang.

“Saya memang lega kerana Baddrol Bakhtiar, Fitri Omar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi Johari dan Rizal Ghazali sudah memenjalani latihan bersama pemain lain petang tadi dan saya yakin mereka mampu diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Ketiadaan tonggak utama ini telah memaksa kita untuk terima kekalahan kepada Felda United dalam aksi Liga Super Rabu lalu.

“Oleh itu, kita perlu bangkit mempertahankan kemenangan di Selayang dalam perlawanan ini. Kita memiliki jaringan di tempat lawan dan kali ini bermain di Stadium Darul Aman,” katanya lapor mStar Online.

Mohd Nidzam memberitahu, walaupun Selangor bukan lawan mudah, namun pemain perlu konsisten dan terus berusaha memastikan pasukan melangkah ke separuh akhir.

Jelasnya, kelebihan bermain di tempat sendiri adalah peluang terbaik untuk pemain memastikan Kedah tidak ketinggalan untuk sekali lagi ke final Piala Malaysia.

“Kesemua pemain mengetahui inilah peluang terbaik mereka untuk layak ke separuh akhir buat tiga musim berturut-turut. Kita mampu ulangi kejayaan musim lalu.

“Saya telah memberi tumpuan di bahagian pertahanan kerana pihak lawan kerap mengambil kesempatan daripada kelekaan di bahagian ini.

“Apa yang penting kita perlu mengasak dari awal perlawanan dan mempertahankan gawang daripada dibocor lagi, ujarnya.

Katanya, kehadiran penyokong akan membantu menaikkan lagi semangat pemain untuk berjuang sepanjang permainan dan memastikan Kedah berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");