Perak Hari Ini

Pangkor Dialogue Tunjuk Pencapaian Luar Jangka-MB Perak

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat hadir dan merasmikan persidangan Pangkor Dialogue 2017 yang berlangsung pada 9 hingga 12 September ini.

Baginda yang tiba sekitar jam 10 pagi tadi diiringi oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry dalam sembah ucapannya berkata, selama empat tahun penganjuran Pangkor Dialogue, Perak telah menunjukkan pencapaian yang tidak pernah dijangkakan.

“Ipoh telah diiktiraf secara rasmi sebagai Bandar Perniagaan Sosial pertama di Asean, yang kedua di Asia dan kelima dalam dunia oleh Pemenang Anugerah Noble Muhammad Yunus pada tahun lepas.

“The Lonely Planet juga telah mengiktiraf Perak di kalangan Top 10 tempat mesti dilawati di dunia untuk tahun 2017, dan Ipoh tersenarai 10 terbaik untuk dilawati di Asia Ipoh dan kini menjadi tempat pertemuan yang hebat malah Persidangan Pangkor Dialogue telah menjadi persidangan Davos Asia,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan kelayakan ilmiah dan tahap intelektual Sultan Nazrin juga telah memberi inspirasi kepada untuk memulakan Pangkor Dialogue selain meraikan ilmu sebagai tradisi dan budaya negeri ini.

“Empat tahun yang lalu, dalam satu perbincangan biasa, saya mengajukan pertanyaan mudah kepada pasukan saya: ‘Bagaimana kalau kita menjadikan Perak sebagai penganjur terhadap kegiatan intelektual, pusat pengetahuan dan kreativiti dan inovasi, atau hanya meletakkan, menjadikan Perak suatu Negara berasaskan Pengetahuan dan membina satu model pembangunan mampan dan ekonomi yang baru.

“Pada masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyempurnakan agenda serupa dalam bentuk Matlamat Pembangunan Mampan (sDGs), yang merupakan tindakan universal bagi menamatkan masalah kemiskinan, melindungi bumi ini dan memastikan semua orang menikmati kedamaian dan kemakmuran yang telah diterbitkan pada bulan Jun 2012 ,” katanya.

Ucap Zambry lagi tambah menarik, menerusi Perak Amanjaya Blueprint yang diusahakan pada tahun 2009, berkongsi cita-cita yang sama iaitu antara lain membasmi kemiskinan dengan komitmen berdasarkan pendekatan “Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir”.

Tambahnya lagi penghargaan turut diberikan kepada Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang telah bekerjasama dengan Institut Darul Ridzuan dalam menganjurkan Pangkor Dialogue 2017 kali ini.

“Ini melambangkan hubungan strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dan menjadi aspirasi supaya Pangok Dialogue menjadi tempat pilihan dunia untuk pertemuan dalam bidang pembangunan lestari amnya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");