Sukan Hari Ini

Para KL2017: 5 Acara Disiar Secara Langsung

KUALA LUMPUR – Peminat sukan tempatan berpeluang menyaksikan lima jenis sukan pada Sukan Para ASEAN Kesembilan, Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) secara langsung melalui saluran digital rasmi Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula, Isnin ini.

Acara sukan yang disiarkan setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang di YouTube KL2017 itu adalah renang, berbasikal, bola keranjang berkerusi roda, olahraga dan para powerlifting.

Selain lima jenis itu, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) turut membawa siaran langsung bagi acara perasmian dan penutup temasya itu masing-masing pada malam esok dan pada 23 Ogos.

Kontinjen Malaysia yang akan diketuai oleh Datuk R.Subramaniam itu terdiri daripada 325 atlet dan 167 pegawai akan memulakan kempen memburu sasaran 103 pingat emas dan muncul juara keseluruhan, esok.

Temasya yang menawarkan 368 pingat emas dari 16 acara sukan itu akan disertai oleh 1,421 atlet dan 711 pegawai keseluruhan dari 11 negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");