Perak Hari Ini

Parlimen Belia Sokong Tindakan DBKL Tolak Penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’

IPOH:Parlimen Belia Malaysia menyokong penuh tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan bagi penganjuran program ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijangka berlangsung di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 6-7 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Parlimen Belia Malaysia,Mohd Adri Adha Mohamad berkata Better Beer Festival adalah budaya barat yang tidak perlu dianjurkan di Malaysia.

“Umum ketahui, Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan hanya bukan negara Islam di benua Asia seperti Jepun, China, Hong Kong, Singapura dan India yang sering menganjurkan festival-festival sebegini.

“Keputusan DBKL tersebut adalah tepat memandangkan penganjuran festival arak ini bukanlah budaya kita sebagai orang timur dan ianya lebih bersifat ‘barbarian’ dalam masa yang sama telah membangkitkan kemarahan dan bantahan berterusan rakyat Seluruh Negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi,pihak Penganjur sepatutnya lebih sensitif mengenai orang Islam yang sememangnya tidak mahu festival sebegini diadakan.

“Parlimen Belia Malaysia memohon Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan tegas dengan keputusan menolak permohonan pihak penganjur dan tiada kompromi.

“Apa yang dibimbangi, festival ini dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak keburukan dan kemudaratan daripada kebaikan kerana rata-rata yang hadir pasti akan berada dalam keadaan mabuk dan akhirnya tidak terkawal.

“Maka perlakuan jenayah seperti pergaduhan, seks bebas, kecurian dan sebagainya boleh berlaku apabila ianya tidak ditegah dari awal.

“Parlimen Belia Malaysia faham dan sedia maklum berhubung hak dan kebebasan kaum di sini tetapi kebebasan tersebut haruslah didokong dengan prinsip, nilai dan moral yang baik selaras dengan suasana masyarakat majmuk demi menjaga sensitiviti kaum, agama dan budaya di dalam negara kita,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan tegas itu turut memberi jaminan dan hak kepada warga kota Kuala Lumpur yang menginginlan persekitaran sosial yang lebih selamat dan bertamadun.

“Nak minum arak, pergilah cari tempat yang sesuai dan minumlah dengan baik serta tidak menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");