Perak Hari Ini

Parlimen Gopeng Guna Contoh Pendekatan Permukiman Menteri Besar

BATU GAJAH: Berpandukan contoh pelaksanaan Program Permukiman Menteri Besar, Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Datuk Hamzah Mohd Kasim turut melaksanakannya bagi Parlimen Gopeng/Batu Gajah yang berlangsung selama tiga hari.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Datuk Hamzah Mohd Kasim

Ujar Hamzah, program  yang diberi nama Pemukiman YB Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim bagi Parlimen Gopeng/Batu Gajah itu dianjurkan bagi memenuhi keperluan membantu rakyat dikawasan Parlimen yang besar dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

“Memikirkan kawasan Gopeng agak besar dan bilangan rakyat yang memerlukan bantuan malah kawasan ini memiliki lebih ramai pengundi sebanyak 19700 orang sebahagian Dun 43 Sungai Rapat,melibatkan Batu Gajah, Lahad,Ipoh selatan iaitu tiga kawasan seramai 48,000 pengundi.

“Rakyat banyak memerlukan bantuan jadi mengambil inisiatif daripada penganjuran permukiman Menteri Besar saya laksanakan secara fokus tidak terlalu besar menumpukan zon Batu Gajah Parlimen Gopeng melibatkan pengundi sebanyak 8,844 orang,” katanya kepada media sejurus selepas majlis penutupan program permukiman di Arena Square Batu Gajah di sini hari ini.

Majlis terdahulu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, program yang julung kali dianjurkan itu menyediakan pusat khidmat masyarakat selama tiga hari dengan penglibatan agensi swasta dan kerajaan .

“Terdapat juga peluang pekerjaan dibantu oleh PEKa serta pengambilan kemasukan pelajar bagi kolej dan universiti.

“Program kebajikan iaitu program ziarah kasih turut dianjurkan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Jelasnya lagi  Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) Perak, juga tampil dengan inovasi tindakan alih ubah banjir arah hulu atau (taubah) yang hanya melibatkan kos RM150 ribu yang bertujuan mengatasi masalah banjir kilat.

“Ia dapat membantu menyelesaikan rugutan rakyat mengenai kejadian banjir kilat,” katanya.

Jelasnya hasil pendekatan itu turut mendapat maklum balas dan sambutan baik daripada penduduk parlimen Gopeng keseluruhannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");